TONGKAT ALI MITRA
HARGA JUALAN RM 20
HARGA PER CTN .. RM 380 (25 PAPAN)
CALL 0192251096
Mengenali Tongkat Ali
Ditemui di hutan Thailand, Malaysia dan Indonesia, 4 jenis telah dikenalpasti:Eurycoma longifolia, Entomophthora apiculata, Polyathia bullata dan Goniothalamus sp. Dalam perubatan tradisional, Eurycoma longifolia lebih digunapakai. Nama lain termasuk Long Jack, Malaysian Ginseng, Setunjang Bumi, Bedara Pahit, Pokok Jelas, Cay ba binh, Ian-don dan Jelaih.
Mencapai ketinggian 15 – 18 meter dan mengeluarkan buah selepas 2 – 3 tahun penanaman, kematangan sempurna dicapai pada usia 25 tahun. Namun untuk keperluan komersial, akarnya dituai hanya selepas 4 tahun penanaman. Buahnya sepanjang 2-3 cm dan berwarna merah kehitaman apabila masak. Daunnya jenis pinat, sepanjang 10-15 inci dengan 10-30 helai setangkai manakala bunga jantan dan betina berada pada pokok yang berbeza.
Umumnya, akar paling terkenal namun batang, bunga dan daunnya juga bermanfaat. Secara tradisional, antara lain ia digunakan sebagai anti-malaria, anti-ulser dan rawatan wanita selepas bersalin. Daunnya digunakan untuk mengelakkan penyakit gusi dan merawat penyakit kelamin (sifilis dan gonorea) dan akarnya untuk mengurangkan tekanan darah, demam dan keletihan.
Kajian saintifik: manfaat, mudarat dan kesan sampingan
Sejak dikenali umum, kajian-kajian dilakukan bagi mengesahkan dakwaan khasiatnya serta mengenalpasti kesan sampingan. Beberapa manfaat dan mudarat yang telah dibuktikan melalui kajian saintifik sehingga 2013 termasuk:
Manfaat
- Anti-malaria: ujud aktiviti anti-malaria terhadap malaria Thailand K-1, beberapa jenis malaria Indonesia, perencatan sempurna terhadap enam isolat malaria Malaysia serta 2 kompaun akarnya menunjukkan potensi sebagai anti-malaria ).
- Anti-kanser: 1 daripada 6 kuasinode yang diambil daripada daunnya dikenalpasti mempunyai kompaun perencatan pengaktifan virus Epstein-Barryang menggalakkan tumor. Daripada 65 kompaun akar Tongkat Ali, 8 menunjukkan kesitotoksikan kuat terhadap kanser paru-paru manakala 7 menunjukkan kesitotoksikan kuat terhadap kanser payudara.
- Anti-kencing manis: menunjukkan penurunan gula dalam darah bagi kes kandungan gula tinggi (hyperglycaemic) dan tiada kesan signifikan terhadap kadar gula yang normal (normoglycaemic).
- Anti-bakteria: ekstrak daun dan batang menunjukkan keaktifan pada kedua-dua bakteria Gram-positive dan Gram-negative kecuali 2 jenis bakteriaGram-negative; namun ekstrak akar tidak menunjukkan apa-apa aktiviti anti-bakteria.
- Sifat maskulin dan aktiviti seksual: menunjukkan peningkatan aktiviti seksual tikus dewasa, motivasi seksual tikus pembiak yang telah pencen dan berahi pada tikus tua dan tikus pembiak yang telah pencen
- Kitaran spermatogenesis dan kesuburan: menunjukkan peningkatan yang signifikan pada jumlah spermatocytes dan spermatids, kadar penghasilan spermatozoa dan jumlah sel Leydig serta indeks kesuburan dan keproduktifan pada tikus jantan.
Mudarat dan kesan sampingan
- Ketoksikan: ujud dalam beberapa kuasinode akar Tongkat Ali.
- Pencemaran – lead: daripada 100 produk yang dikaji, 17% mengandungi leadsebanyak 10.3 – 20.3 ppm dan tidak menepati keperluan kualiti ubatan tradisional Malaysia.
- Pencemaran – merkuri: daripada 100 produk yang dijual di farmasi, 36% mengandungi 0.52 – 5.30 ppm merkuri manakala penyediaan produk Tongkat Ali hitam pada dos-dos yang berbeza mendapati 26% daripadanya mengandungi 0.53 – 2.35 ppm merkuri. Keduanya melebihi kadar yang dibenarkan dalam ubatan herba dan tidak menepati kualiti ubatan tradisional Malaysia.
- Kesan sampingan: walaupun kekurangan bukti saintifik, pengambilan jangka panjang telah dikaitkan dengan ganguan tidur atau apnoea, mudah marah, tekanan kepada testis dan sikap yang agresif.
Pengambilan dan dos
Secara tradisional, akarnya dipotong kecil, direneh dan diminum. Disebabkan rasanya terlalu pahit, ramai pengamal menganjurkan untuk merebus dengan api kuat bersama madu atau kurma.
Pengambilannya hanya dianjurkan secara oral kerana cara lain boleh meningkatkan ketoksikan sehingga 100 kali ganda. Dos yang selamat adalah di antara 270 – 350mg/kg sehari dan kesan ketoksikan seperti peningkatan berat pada hati, ginjal, limpa dan testis dilaporkan pada pengambilan sehingga 430mg/kg sehari. Keselamatan pengambilannya oleh wanita hamil dan lelaki yang bermasalah jantung tidak dapat dipastikan. Wanita menyusukan dan kanak-kanak juga tidak digalakkan mengambilnya.
Bagi produk berasaskannya, menurut Prof. Dr. Ramlan Aziz, Pengarah Loji Pepandu Kejuruteraan Kimia di Universiti Teknologi Malaysia, dua perkara menjadi masalah. Pertama, cara pemprosesan dan kedua, kandungannya. Ia memudaratkan jika hanya dikisar untuk dicampur dalam minuman manakala kajian awal oleh Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) menunjukkan kandungannya jauh daripada dos yang dapat memberi manfaat. Lebih membimbangkan ialah kecenderungan pengeluar untuk mencampurkannya dengan bahan lain, yang mana risiko tindak balas sesama sendiri belum dapat dipastikan.
Meningkat Peluang Kehamilan?
Jadi bagaimana Tongkat Ali dapat meningkatan peluang kehamilan? Ia sebenarnya membantu mereka yang mempunyai masalah kesuburan seperti kekurangan sperma dan mati pucuk. Seperti hasil kajian, pengambilannya meningkatkan kadar testosteron yang bertanggungjawab terhadap perkembangan organ peranakan lelaki termasuk meningkatkan jumlah dan kualiti sperma. Tahap testosteron yang normal juga dapat mengekalkan tahap tenaga,mood, kesuburan dan keinginan seksual.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan